Kebocoran Data Terbesar Di Malaysia?

PETALING JAYA: Data peribadi kira-kira 46.2 juta pelanggan nombor telefon mudah alih di Malaysia berisiko kerana dipercayai berdepan sebagai salah satu kebocoran data terbesar yang pernah dilihat di negara ini.

Dari alamat rumah dan nombor MyKad sehingga ke maklumat kad SIM, data peribadi hampir seluruh penduduk mungkin telah jatuh ke tangan yang salah.

Penduduk Malaysia hanya sekitar 32 juta orang, tetapi ramai mempunyai beberapa nombor telefon mudah alih. 

Senarai ini juga dipercayai termasuk nombor tidak aktif dan nombor sementara yang dibeli pelawat asing.

Dengan kebocoran ini, rakyat Malaysia mungkin terdedah kepada serangan kejuruteraan sosial dan dalam senario terburuk, telefon mungkin boleh diklonkan.

Kebocoran data mudah alih dilaporkan awal bulan ini menerusi forum dalam talian dan laman berita lowyat.net, melaporkan bahawa ia dikatakan adalah kebocoran maklumat secara besar-besaran pada 2014.

Pada Isnin, laman web itu 'mengesahkan' bahawa 46.2 juta nombor telefon mudah alih telah dibocorkan dalam talian.

Pengasas Lowyat.net , Vijandren Ramadass memberitahu The Star bahawa semua maklumat yang diterima mengenai perkara itu diserahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Ditanya apakah tindakan yang diperlukan, beliau berkata: "Syarikat telekomunikasi perlu mengakui bahawa kebocoran maklumat ini benar-benar berlaku dan harus memberitahu semua pelanggan mengenai apa yang perlu dilakukan."

Dipercayai SKMM dan polis bekerjasama dalam menjalankan siasatan.

Berita selanjutnya menyusul.

data peribadi, mudah alih

Artikel Sebelum

Kecoh Wanita Hayun Budak!

Artikel Berikut

Klik

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Artikel Lain