suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mayat Bayi Dalam Timbunan Sampah

Foto Sinar Online.

KOTA BHARU: Mayat seorang bayi yang masih bertali pusat ditemui dalam timbunan sampah dekat pusat pembuangan sampah di Kampung Bukit Tajol, Machang di sini.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintenden Dzulkifli Abdul Ghani berkata seorang pemandu lori Majlis Daerah Machang (MDM) menjumpai mayat bayi perempuan tersebut kira-kira pukul 11.30 pagi Isnin.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat secara sulit.

"Kawasan pelupusan sampah itu agak jauh dari jalan utama dan tiada ada unit kediaman yang berdekatan," katanya.

Mayat bayi tersebut dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat.

mayat bayi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Dua Peragut Akhirnya Tumpas

Artikel Lain