suria

Celik Huruf, Malaysia Di Tangga Ke-53

KENINGAU: Malaysia berada pada kedudukan ke-53 negara paling celik huruf seperti tersenarai dalam ‘World’s Most Literate Nations’, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun.

Beliau berkata, berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Central Connecticut State University, tangga teratas ialah Finland, diikuti Norway, Iceland, Denmark, Sweden, Switzerland, Amerika Syarikat, Jerman, Latvia dan Belanda.

“Kita berada di tangga ke-53 tetapi masih baik berbanding Thailand yang berada di tangga ke-59 dan Indonesia (ke-60),” katanya ketika berucap merasmikan Karnival Buku Keningau (KBK) 2017 di sini Isnin.

Teks ucapan Masidi disampaikan oleh pembantunya Datuk Kamarlin Ombi.Karnival yang bermula pada  22 hingga 29 Oktober itu merupakan anjuran bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) cawangan Sabah, Perpustakaan Wilayah Keningau, Jabatan Pendidikan Keningau, Sandapak Enterprise dan PTS Publication & Distributor Sdn Bhd.

Menurut Masidi, sifat suka membaca merupakan amalan mulia yang seharusnya dijadikan budaya seumur hidup kerana ia adalah cara untuk menimba serta memperkaya maklumat dan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang.

"...natijahnya, masyarakat yang suka membaca merupakan masyarakat berilmu,” jelasnya.

Beliau menyokong agar program seperti itu dijadikan program tahunan kerana ia dapat membantu usaha  kerajaan untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang maju dan kaya dengan maklumat. - BERNAMA

celik huruf

Artikel Sebelum

Dua Peragut Akhirnya Tumpas

Artikel Berikut

Artikel Lain