suria

Lelaki Malaysia Ditahan Bersama 176KG Ganja

Gambar hiasan.

SONGKHLA: Polis Thailand menahan seorang lelaki warga Malaysia di pusat pemeriksaan Sadao kira-kira 7 pagi waktu tempatan pada Jumaat dan menjumpai 176 kg ganja dianggarkan bernilai 4.4 juta Baht (RM550,000) di pasaran gelap.

Penolong  Ketua  Polis  Sempadan Sadao, Lt Kol Kittipat Runruai berkata kesemua dadah itu ditemui tersembunyi dalam van berpendaftaran Malaysia dinaiki lelaki berusia 28 tahun bersama seorang wanita tempatan berusia 32 tahun.

"Lelaki warga Malaysia itu mengakui menerima upah sebanyak RM500 daripada seorang lelaki senegara untuk membawa masuk dadah itu ke Malaysia menggunakan kenderaan itu," katanya kepada  pemberita pada Jumaat.

Polis Sempadan Sadao katanya menerima maklumat perisikan dari Polis Anti-Narkotik Thailand tentang cubaan rakyat Malaysia dan Thailand untuk menyeludup masuk dadah ke Malaysia menggunakan kenderaan berdaftar di Malaysia itu.

Lelaki Malaysia dan wanita tempatan berasal dari wilayah Nakorn Si Thammarat itu kini ditahan di Balai Polis Sadao bagi siasatan lanjut bersama kenderaan digunakan mengangkut dadah itu, kata Kittipat.- Bernama

ganja

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Budak Maut Jatuh Tali Air

Artikel Lain