Henti Tular Video Anggota Tentera Tunggu Ditendang - Semasa | mStar

Henti Tular Video Anggota Tentera Tunggu Ditendang

Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor menyematkan Pingat Negara Bangsa-Bangsa Bersatu (PNBB) kepada Lans Koperal Muhamad Amirul Noraiza Roslan sempena Majlis Pembubaran dan Penganugerahan Pingat PBB Malaysian Battalion 850-4 (MALBATT850-4) di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) pada Khamis. Foto: Bernama

PORT DICKSON: Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor hari ini meminta orang ramai berhenti daripada  menularkan video sekumpulan anggota tentera menunggu giliran untuk ditendang di bahagian perut.

Katanya video itu adalah video lama yang ditularkan semula mungkin bagi mengaitkan dengan kejadian dua anggota Tentera Laut Diraja Malaysia )TUDM) meninggal dunia di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan, Perak Jumaat lepas.

"Saya kira itu satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan saya minta hentikan perbuatan itu kerana ia adalah dua entiti yang berbeza.

"Video itu tiada kaitan kematian dua anggota tentera laut selepas mengikuti sesi latihan fizikal di Sitiawan, Perak pada Jumaat lepas," katanya kepada pemberita selepas majlis pembubaran dan penganugerahan pingat Perkhidmatan Negara Bangsa-Bangsa Bersatu (PNBB)  Pasukan Interim PBB (Malbatt) 850-4 di sini.

Pada masa sama beliau turut meminta orang ramai menghormati pendekatan latihan sedia ada yang bertujuan menghasilkan anggota tentera dengan keampuhan  jasmani dan rohani, namun mengakui ada perkara yang perlu ditambah baik.

"Yang ditular itu mungkin ada yang tidak wajar berlaku di situ," katanya.

Video yang  memaparkan latihan pasukan khusus itu pernah  tular  enam tahun lepas dan kembali mendapat perhatian masyarakat sejak dua tiga hari lalu.

Pada majlis hari ini  850 pegawai dan anggota pasukan Malbatt 850-4 yang diketuai Kolonel Riezal Arif Ismail menerima pingat PNBB.Mereka merangkumi 76 pegawai dan 774 anggota lain-lain pangkat Angkatan Tentera Malaysia  termasuk tiga pegawai dan 24 anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei serta seorang pegawai awam dari Kementerian Pertahanan.

Mereka diaturgerak ke Lubnan secara berperingkat mulai 14 September 2016 dan berkhidmat selama 12 bulan di bawah naungan panji PBB sehingga  21 September lalu.- Bernama

Video Tular , Tentera Ditendang

Artikel Sebelum

Makin Panas, Boy Iman Direman Lagi

Artikel Berikut

Klik

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain