suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sultan Johor Jumpa Ketua Jabatan, Agensi Setiap Rabu

PETALING JAYA: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menjadikan Rabu sebagai `Hari Terbuka' bagi membolehkan ketua jabatan dan agensi kerajaan negeri memberi taklimat dan perkembangan terkini berkaitan pembangunan Johor kepada baginda.

Sultan Ibrahim bertitah langkah itu bagi memastikan projek pembangunan yang dijalankan oleh kerajaan negeri dan agensi berkaitan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat.

"Setiap pagi Rabu, Sultan Ibrahim berkenan meluangkan masa menerima mengadap ketua-ketua Jabatan di Pejabat Mados, Istana Bukit Pelangi, dekat sini," titah baginda dalam Facebook (FB) rasmi baginda pada Rabu.

Baginda turut berkenan meneliti setiap dokumen dan pembentangan yang dikemukakan.

Pada Rabu, baginda menerima mengadap Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli, Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut, Datuk Bandar Johor Bahru, A Rahim Nin dan Pengarah Jabatan Kerja Raya Johor, Mohd Salleh Abu Bakar.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain