suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anwar Dikejarkan Ke HKL

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat masalah tekanan darah kurang stabil pada Selasa petang.

Pengarah Komunikasi Keadilan, Fahmi Fadzil memberitahu bahawa Anwar dihantar ke hospital pada pukul 2 petang.

"Beliau kini dalam pemantauan doktor. Anwar turut memerlukan rawatan fisioterapi intensif akibat kecederaan lama di bahu beliau," ujarnya dalam satu kenyataan media.

Dalam pada itu, Fadzil turut menyampaikan pesanan Anwar.

"Anwar menggesa kepada semua untuk terus berusaha membawa perubahan.

"Beliau turut mengingatkan pimpinan Keadilan dan Pakatan Harapan untuk memberi keutamaan kepada isu-isu yang dihadapi rakyat, termasuk isu salah tadbir ekonomi yang perlukan penyelesaian."

Anwar Ibrahim

Artikel Lain