suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

'Pakatan Harapan Tolak PAS' Kelebihan Buat BN - Ku Nan

Tengku Adnan Tengku Mansor.

PUTRAJAYA: Keputusan Pakatan Harapan untuk tidak bekerjasama dengan PAS akan memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti, kata Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

"PAS merupakan sebuah parti politik yang berstruktur dan mempunyai keanggotaan yang ramai. PAS tidak sama dengan parti lain dalam Pakatan Harapan yang tiada struktur.

"Apabila PAS sudah sedar (tidak bekerjasama dengan Pakatan Harapan) syukur alhamdulilah, kita berharap bahawa mereka (PAS) akan bersama kita. Itu adalah harapan kita," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Hari Aidiladha dan Hari Keluarga Parlimen Putrajaya di sini, Jumaat.

Pada 29 Ogos lepas, Majlis Presiden Pakatan Harapan mengumumkan bahawa empat parti komponen dalam pakatan itu tidak akan bekerjasama dengan PAS bagi mengelak pertandingan tiga penjuru dalam PRU14. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Kalau Lupa, Denda Ke Paris, Mesir!

Artikel Lain