suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bas Ekspres Terbakar, Penumpang Nyaris Maut

Kredit Foto: Aamir Abdul Hakim

JOHOR BAHRU: Seorang pemandu dan 10 penumpang bas ekspres berdepan detik cemas apabila tayar belakang kenderaan itu terbakar di KM121.4 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke Johor Bahru dekat sini, tengah hari Ahad.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Abdul Wahib Musa berkata dalam kejadian 1.45 tengah hari itu, kesemua penumpang dan pemandu tidak cedera kerana sempat menyelamatkan diri.

“Susulan kejadian itu, kesemua penumpang dipindahkan ke bas lain dan selamat tiba di destinasi mereka petang tadi,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Siasatan kejadian masih dijalankan.

Bas Ekpres

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain