suria

Rogol Anak Tiri, Lelaki Dipenjara 25 Tahun, Empat Sebatan

PUTRAJAYA: Seorang pengawal keselamatan dihukum penjara 25 tahun dan empat  sebatan oleh Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak di sini Isnin selepas mengaku bersalah merogol dan meliwat anak tirinya berusia 12 tahun.

Hakim Yong Zarida Sazali menjatuhkan hukuman penjara 25 tahun dengan tiga  sebatan terhadap bapa tiri berumur 29 tahun itu selepas dia  mengaku bersalah merogol kanak-kanak itu dan penjara 10 tahun dengan satu sebatan kerana meliwat.

Mahkamah memerintahkan kedua-dua hukuman itu berjalan serentak bermula dari tarikh tangkap pada 5 Ogos lepas.

Lelaki itu melakukan kedua-dua perbuatan tersebut di sebuah rumah di Kuala Selangor, sekitar Julai tahun lalu.

Bagi tuduhan merogol, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan, manakala tuduhan seks luar tabii, dia dituduh mengikut Seksyen 377C kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon hukuman ringan kerana dia telah insaf atas perbuatannya.

Timbalan Pendakwa Raya Nordalina Ali memohon hukuman setimpal kerana mangsa mengalami trauma dan tekanan emosi yang teruk selepas kejadian itu. - BERNAMA   

rogol, pengawal keselamatan

Artikel Sebelum

'Dinosaur Hidup' Di Matic

Artikel Berikut

Artikel Lain