suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Isa Samad Letak Jawatan

KUALA LUMPUR: Felda Investment Corp’s (FIC), anak syarikat yang dimiliki Encorp Bhd mengumumkan beberapa perubahan dalam senarai lembaga pengarahnya berkuatkuasa pada Isnin termasuk peletakan jawatan Tan Sri Mohd Isa Samad sebagai pengerusi bukan eksekutif.

FIC memberitahu Bursa Malaysia mengenai peletakan jawatan Isa, 67, selain pengarah bukan eksekutif Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid, 54, dan Datuk Hanapi Suhada, 60, ekoran 'perubahan penama dari pemegang saham utama.

'Calon baharu untuk mengisi jawatan itu adalah pengarahnya, Datuk Muzzammil Mohd Nor, 45; Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim, 58;  dan Hussein Ismail, 60.

Muzzammil merupakan Timbalan Pengarah Besar (Pengurusan) Felda, Syed Mohammed memegang jawatan sebagai Presiden dan Pengarah Eksekutif  Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd dan Hussein juga merupakan Pengarah Iris Corp.

Namun pengumuman itu tidak memaklumkan mengenai pelantikan pengerusi baharu.

FIC merupakan satu cabang pelaburan syarikat milik penuh Felda.

FIC, Isa Samad

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain