suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Adegan Baling Kerusi, Botol Air Cemar Nothing To Hide

Kekecohan tercetus ketika seorang peserta mengajukan soalan kepada Dr Mahathir mengenai tragedi Memali. - Sinar Harian

SHAH ALAM: Adegan baling kerusi dan baling botol air ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjawab soalan peserta dalam program Nothing To Hide 2 menjadikan program tersebut kecoh seketika.

Kekecohan tercetus ketika seorang peserta mengajukan soalan kepada Dr Mahathir mengenai tragedi Memali yang berlaku ketika zaman pemerintahan bekas perdana menteri itu.

Program Nothing To Hide 2 yang berlangsung di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia & Kebudayaan Selangor, Shah Alam anjuran Armada Malaysia iaitu sayap pemuda Bersatu.

Insiden itu juga menyebabkan program yang pada awalnya dijadual tamat pada pukul 6 petang terpaksa dihentikan serta-merta oleh pihak penganjur.

Nothing To Hide 2 ini juga memperlihatkan kehadiran Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng selain Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden Bersatu Datuk Seri Mukhriz Mahathir serta pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan yang lain.

Program Nothing To Hide 2.0 yang sepatutnya mempertemukan Dr Mahathir dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu pentas tidak menjadi kenyataan apabila kelibat pemimpin nombor satu negara itu tidak kelihatan. - Sinar Harian

Nothing To Hide

Artikel Lain