suria

Kereta Api Kargo Tergelincir Ke Jalan Raya

JOHOR BAHRU: Sebuah kereta api kargo yang membawa muatan tergelincir dari landasan berdekatan Jalan Pekeliling, dekat Pasir Gudang, tengah hari Jumaat sehingga menyebabkan sedikit kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan.

Jurucakap Keretapi Tanah Melayu Bhd berkata (KTMB) pada kejadian 12 tengah hari tadi, kereta api kargo itu dalam perjalanan ke Pasir Gudang dari Pelabuhan Johor dan sedang membawa 31 kontena.

"Hanya satu sahaja gerabak tergelincir disebabkan rodanya terkeluar dari landasan. Bagaimanapun tren itu sudah kembali bergerak pada 2.10 petang tadi," katanya ketika dihubungi Bernama.

Namun kerja pembaikan di landasan masih dijalankan.

Beliau berkata jalan yang terjejas sudah dibuka semula kepada lalu lintas dan pihak KTMB memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku.

Kargo Keretapi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain