suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mati Main Mercun, Penjaga Kanak-Kanak Berdepan Tindakan - Rohani

KUCHING: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim melahirkan kekesalan atas kematian seorang kanak-kanak akibat bermain mercun di sini baru-baru ini dan mahu tindakan tegas diambil terhadap yang berkenaan.

"Saya ingin maklumkan kes ini dalam siasatan polis di bawah Akta Kanak-Kanak (Kecuaian Ibu Bapa). Kita akan bertegas untuk ambil tindakan di atas pengabaian kerana membiarkan anak bermain seorang diri tanpa pengawasan orang dewasa atau ibu bapa," katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya di sini.

Mengulas lanjut, Rohani berkata beliau akan membawa kes itu untuk dibincangkan dalam Majlis Kanak-Kanak Malaysia yang dijangka bermesyuarat selepas sambutan Aidilfitri.

"Dalam pada itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat bersedia untuk memberi kaunseling kepada ibu bapa serta ahli keluarga adik Haiqal Hakim, mereka mungkin masih trauma dengan insiden tersebut," katanya.

Dalam kejadian tengah malam Ahad itu, seorang murid tahun enam maut akibat kecederaan di kepala selepas berlaku letupan kuat ketika dia bermain mercun di Kampung Bintawa Hilir, dekat sini.

Kejadian berlaku kira-kira 2.15 tengah malam ketika Haiqal Hakim Zolpaka, 12, bermain mercun seorang diri di luar kediaman ibu bapanya.-- Bernama

Rohani, Aidilfitri

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain