Pesawat Malindo Air Dilencong Kerana Masalah Enjin - Semasa | mStar

Pesawat Malindo Air Dilencong Kerana Masalah Enjin

Gambar fail pesawat Malindo Air.

PETALING JAYA: Sebuah pesawat Malindo Air dalam penerbangan dari Lahore, Pakistan ke Kuala Lumpur terpaksa dilencongkan ke Delhi, India disebabkan masalah enjin.

Penerbangan Malindo Air OD132 berlepas dari Lahore pada kira-kira pukul 9.25 malam Ahad lalu sebelum ia berdepan dengan masalah teknikal.

Menurut syarikat penerbangan itu, juruterbang telah mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan mendarat dengan selamat di lapangan terbang berdekatan iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi di Delhi.

"Kesemua 75 penumpang selamat dan diberikan penginapan satu malam di hotel lapangan terbang Delhi. Mereka berlepas ke Kuala Lumpur menerusi penerbangan OD206 dan OD208 pada hari berikutnya," menurut syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan pada Selasa.

Ia berkata, seorang kru teknikal telah dihantar ke lapangan terbang bagi menjalankan pemeriksaan terhadap pesawat bersama juruteknik di bawah pesawat dari India, Jet Airways.

"Siasatan sedang berjalan bersama dengan pengeluar enjin dan Boeing bagi mengenal pasti punca utama isu tersebut berlaku," menurut Malindo Air.

Malindo Air

Artikel Sebelum

Jari Tersepit Dalam Eskalator

Artikel Berikut

Guna Kad ATM Curi Ke?

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain