Dua Sahabat Maut Nahas Malam Raya - Semasa | mStar

Dua Sahabat Maut Nahas Malam Raya

SETIU: Dua sahabat menemui ajal pada malam menjelang Aidilfitri apabila motosikal yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan beberapa motosikal lain dalam kejadian di Km8 Jalan Chalok-Telaga Papan, di sini malam Sabtu.

Kejadian kira-kira 11.20 malam itu menyebabkan Muhammad Zulhelmi Mohmad Zaini,17 dan Mohd Hanafiah Shapi@Shapie, 26, maut di tempat kejadian.

Nahas turut menyaksikan pemandu kereta Mohd Suhaimizan Mohamad, 20 cedera parah manakala dua lagi penunggang motosikal mengalami kecederaan iaitu Amir Salleh,17 dan Mohd Amirudin Abd Aziz, 26.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri Superintendan Abd Razak Hasan berkata kejadian dipercayai berlaku apabila kereta Proton Wira dari arah Chalok itu bertembung dengan sebuah motosikal dari arah bertentangan.

"Pelanggaran menyebabkan kereta itu terpusing ke sebelah kanan dan dirempuh oleh tiga lagi motosikal, menyebabkan kesemua penunggang dan pembonceng motosikal berkenaan tercampak," katanya.

Kesemua mangsa termasuk dua yang maut dibawa ke Hospital Setiu, katanya. - BERNAMA

kemalangan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Ribuan Kunjungi Seri Perdana

Artikel Berkaitan

Wanita Maut Langgar Belakang Lori

Lebih Artikel

'Rapunzel' tak potong rambut 28 tahun

TH cadang letak had dana pendeposit