suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kenderaan Dijangka Meningkat Malam Ini

Cadangan waktu perjalanan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) sempena cuti perayaan Aidilfitri. - Twitter/Plus Trafik

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan bergerak perlahan setakat 5 petang Jumaat berikutan pertambahan orang ramai pulang ke kampung halaman masing-masing bersempena sambutan Aidilfitri dijangka pada Ahad.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad (he) berkata trafik perlahan di Slim River menuju Sungkai, Bidor ke Tapah serta dari Tapah ke Gopeng disebabkan peningkatan jumlah kenderaan.

"Trafik juga perlahan dari Kuala Kangsar menuju Terowong Menora berikutan kemalangan di Km260.8 arah selatan dan dari Taiping ke Changkat Jering disebabkan kemalangan di Km218.8 arah Utara.

"Manakala di utara pula, trafik perlahan selepas Plaza Tol Juru menghala ke Perai. Aliran trafik dijangka meningkat pada sebelah malam," katanya ketika dihubungi di sini pada Jumaat.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (he) berkata aliran trafik menuju ke Timur perlahan sebelum kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Genting Sempah menuju ke Lentang.

"Bagaimanapun, aliran trafik di Plaza Tol Gombak menuju ke arah timur serta di Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2 masih lancar di kedua-dua arah," katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - Bernama

keadaan trafik, PLUS

Artikel Berikut

Artikel Lain