suria

Harga Petrol Turun Minggu Ini

- Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Harga runcit mingguan bagi petrol RON95 dan RON97 turun tujuh sen berkuat kuasa 12.01 tengah malam Khamis bagi tempoh 22 hingga 28 Jun ini.

Harga diesel kekal seperti minggu lepas.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melalui laman sesawangnya secara infografik menyatakan, harga runcit petrol masing-masing turun tujuh sen iaitu RON95 kepada RM1.91 seliter manakala RON97 kepada RM2.17 seliter.

Harga runcit diesel pula kekal kepada RM1.88 seliter.

Bagi minggu sebelum ini iaitu 14 Jun hingga hari ini, harga runcit mingguan bagi petrol RON95 ialah RM1.98 seliter, RON97 pada RM2.24 dan diesel RM1.88 seliter. -Bernama

petrol, diesel

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain