suria

Pemandu Myvi Lawan Arus Direman

JOHOR BAHRU: Lelaki yang memandu melawan arus berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Kulai pada Khamis telah menyerah diri pada pihak polis.

Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, pemuda berusia 29 tahun itu hadir ke jabatan trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai pada pukul 1.10 pagi Jumaat.

Beliau berkata, pihak polis telah merekod keterangan dan pemandu terbabit turut direman untuk siasatan lanjut.

"Pemandu itu telah dibawa ke mahkamah majistret hari ini (Jumaat) dan Majistret Ahmad Farid Ahmad Kamal membenarkan perintah reman selama empat hari sehingga 5 Jun," katanya melalui kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan memandu secara cuai dan merbahaya.

Pemandu boleh dipenjara tidak lebih lima tahun atau dende antara RM5,000 hingga RM15,000 jika sabit kesalahan.

Terdahulu, rakaman sebuah kereta memandu pada arah bertentangan berhampiran R&R Kulai tersebar di laman sosial pada pagi Khamis.

pandu lawan arus

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain