suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Semak Status Halal Makanan Serta-Merta

Aplikasi Verify Halal boleh digunakan untuk menyemak status halal produk makanan secara serta-merta. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia kini dapat melakukan pengesahan status halal produk makanan hanya di hujung jari sebaik sahaja aplikasi telefon pintar rasmi pertama status halal di rantau ini dilancarkan pada Jumaat.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah meluluskan aplikasi "Verify Halal" yang dibangunkan oleh Serunai Commerce.

Aplikasi tersebut merupakan kerjasama dengan agensi repositori (penyimpanan) produk dan jenama halal global, Global Halal Data Pool.

Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee berkata, sudah tiba masanya bagi peniaga dan pengguna menyemak status halal produk dengan serta-merta.

"Ia adalah untuk meningkatkan keyakinan pengguna. Verify Halal tidak terhad kepada pangkalan data Jakim sahaja, malah ia juga melibatkan badan pensijilan halal antarabangsa yang diiktiraf Jakim.

"Kami mahu aplikasi ini untuk menjadi rujukan utama jenama halal bagi pengguna global dan meningkatkan integriti industri halal," katanya.

Pelancaran itu disaksikan oleh Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk Dr. Ameer Ali Mydin; Ketua Pegawai Eksekutif Serunai Commerce, Amanah Shaari dan Pengasas Global Halal Data Pool dan Verify Halal, Fauzi Abdul Hamid.

halal, Jakim

Artikel Sebelum

Kena Cekup Miliki Ganja

Artikel Berikut

Artikel Lain