suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nyanyi Negaraku Atau Berbaris!

Pegawai Imigresen Pulau Pinang mengarahkan Pati yang mendakwa warga tempatan menyanyikan lagu Negaraku bagi membuktikan status mereka selepas ditahan di sebuah pusat membeli-belah di George Town, Rabu.

GEORGE TOWN: Sekumpulan pendatang asing tanpa izin (Pati) yang ditahan penguatkuasa Imigresen di sini telah mendakwa diri mereka sebagai rakyat sah negara ini.

Bagi membuktikan kesahihan dakwaan itu dan disaksikan pihak media yang membuat liputan operasi berkenaan, pegawai agensi penguatkuasaan berkenaan telah meminta mereka menyanyikan lagu Negaraku.

Jabatan Imigresen Pulau Pinang menahan 25 pekerja asing di pusat hiburan dalam sebuah pusat membeli-belah di sini pada pukul 8 malam, Rabu.

Penolong pengarah jabatan itu, Khwaja Banthey Navaz Mohamed Haneef berkata, pekerja asing itu, masing-masing 11 lelaki warga Bangladeshi, wanita Indonesia (5), lelaki Vietnam (3), wanita Vietnam seorang dan dua lelaki rakyat India telah dibawa ke pejabat agensi itu untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata, operasi yang dikenali sebagai Ops Ikrar melibatkan 35 pegawai jabatan berkenaan.

"Kami turut menyerbu satu lagi premis di Lebuh Farquhar, bagaimanapun tiga individu yang diperiksa tidak ditahan," katanya.

Menurutnya, warga asing yang ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan yang masih dalam tempoh siasatan.

Negaraku, imigresen

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain