suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kena Cekup Miliki Ganja

PERAK TENGAH: Seorang pelajar universiti di sini ditahan kerana memiliki ganja seberat 248 gram bernilai RM1,700.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Mohamad Zainal Abdullah berkata lelaki itu ditahan di asrama kampus kira-kira pukul 6.30 petang Rabu.

"Kami percaya dia telah mengedar dadah di universiti itu kira-kira dua tahun.

"Kami turut menahan seorang pelajar lain di universiti itu pada hari yang sama. Kedua-duanya disahkan positif dadah," katanya pada sidang media di sini Jumaat.

Mohamad Zainal berkata dadah itu boleh diedarkan kepada lebih 100 pengguna.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.

"Kami serius apabila melibatkan kes dadah di kalangan pelajar," katanya.

Kedua-dua suspek direman untuk siasatan lanjut.

ganja, pelajar universiti

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain