suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sultan Selangor, Tengku Permaisuri Lawat Tempat Menarik Di Sekinchan

SUNGAI BESAR: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin hari ini berkenan berangkat melawat beberapa tempat tarikan pelancong di sekitar Sekinchan, dekat sini.

Baginda berdua diiringi Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.


Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin antara lainnya melawat Galeri Padi di Kilang Beras Rakyat Sekinchan Sdn Bhd dan sawah padi di Ban 5 yang terkenal dengan pemandangan indah.

Sultan Sharafuddin turut mencuba memandu sendiri jentera menuai padi.


Baginda berdua kemudian mengunjungi MHP Enterprise, iaitu syarikat industri kecil dan sederhana, yang mengeluarkan Bahulu Masri yang terkenal di daerah ini.Di akhir lawatan, baginda berdua berkenan menghadiri santapan diraja bersama-sama rakyat tempatan.-Bernama

Sultan Selangor

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain