suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ditahan 'Menipu' Jual iPhone

- Gambar hiasan

KULIM: Polis berjaya memberkas seorang lelaki yang aktif melakukan penipuan menjual telefon bimbit iPhone 6 secara dalam talian sejak membabitkan jumlah kerugian bernilai RM140,285.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superitendan Abdullah Arshad berkata, lelaki berusia 36 tahun yang berasal dari Bentong, Pahang itu ditahan pada 4 Mei lalu pada pukul 7 malam di Taman Cempaka Ipoh, Perak.

"Suspek bergiat aktif secara berseorangan dan modus operandi yang digunakan ialah mengiklankan iPhone 6 di laman web mudah.com, aplikasi Whatsapp dan Wechat menggunakan nama Jason Lee Chee Kiong.

"Dengan menawarkan harga yang murah, suspek akan meminta mangsa memasukan wang ke dalam nombor akaun bank yang diberinya dan menghilangkan diri selepas transaksi dilakukan," katanya dalam sidang media di sini, Isnin.

Jelasnya ketika ditahan, polis turut merampas lima kad ATM milik suspek dan bapanya yang digunakan untuk memperdayakan mangsa serta dua kad sim telefon.

Siasatan mendapati suspek mempunyai sembilan rekod jenayah dan dengan tertangkapnya suspek, polis berjaya menyelesaikan 23 kes penipuan pembelian telefon bimbit yang tidak wujud.

Suspek kini ditahan reman sehingga 11 Mei bagi siasatan lanjut dan kes di siasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. -Bernama

ipHone, dalam talian

Artikel Berikut

Artikel Lain