suria

Tempoh Reman Enam Suspek Cuba Bunuh Sami Dilanjutkan

GEORGE TOWN: Perintah reman terhadap enam suspek dilanjutkan enam hari lagi bagi membantu siasatan cubaan membunuh seorang sami di sebuah kuil Hindu.

Keenam-enam suspek masing-masing berusia antara 14 dan 55 tahun sudah direman sehingga tujuh hari bermula 22 April lalu.

Kesemua mereka diwakili peguam Sukhindarpal Singh.

Perintah reman sehingga 4 Mei itu diberikan Penolong Pendaftar Muna Maria Azmi pada Jumaat.

Kesemua mereka disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas cubaan membunuh yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun jika sabit kesalahan.

Mereka ditahan kerana didakwa terlibat dalam insiden tembakan di luar sebuah kuil di Air Itam pada 21 April lalu.

perintah reman, sami, cubaan bunuh

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain