suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

SPRM Kenal Pasti Kelemahan Prosedur Perumahan Bumiputera Johor

Datuk Dzulkifli Ahmad

ISKANDAR PUTERI: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenal pasti beberapa kelemahan dalam sistem dan prosedur perumahan Bumiputera Johor, yang dipercayai sehingga berlakunya gejala rasuah dan salah guna kuasa, baru-baru ini.

Ketua Pesuruhjayanya Datuk Dzulkifli Ahmad berkata justeru itu, satu kertas cadangan penambahbaikan akan dikemukakan kepada kerajaan negeri minggu depan.

"Sekarang ini, kita di peringkat akhir untuk kemukakan cadangan-cadangan penambahbaikan kepada kerajaan negeri bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil untuk memastikan sistem, prosedur dan kelemahan-kelemahan itu dapat diatasi agar ia tidak berulang pada masa depan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyaksikan lafaz Ikrar Bebas Rasuah (BP) Peringkat Negeri Johor yang diketuai Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bersama sembilan exco kerajaan negeri di Pejabat Menteri Besar di sini, Khamis. -Bernama

Artikel Lain