suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gambar Kelima Pasangan Mirip Ahli Politik Pembangkang Tersebar

PETALING JAYA: Gambar kelima seorang lelaki bersama seorang wanita yang wajahnya dikatakan mirip dua pemimpin DAP telah muncul.

Kali ini, pasangan itu dilihat sedang melihat telefon mudah alih dengan cahaya dari skrin terpancar di wajah mereka.

Pada Selasa, empat gambar pasangan itu, yang dikatakan menyerupai wajah Ahli Parlimen Bukit Bendera (DAP) Zairil Khir Johari dan Ahli Majlis Eksekutif Pemuda DAP Kebangsaan Dyana Sofya Mohd Daud telah tersebar secara meluas di media sosial.

Zairil, bagaimanapun, menafikan bahawa lelaki dalam gambar itu adalah dirinya dan menegaskan bahawa gambar-gambar itu palsu.

"Tidak, ia bukan saya. Ia jelas satu lagi percubaan untuk memfitnah saya dengan melakukan serangan peribadi.

"Ia palsu dan itu sahaja yang perlu saya katakan," katanya dalam mesej WhatsApp.

Dalam empat keping gambar tanpa tarikh, seorang lelaki dan seorang wanita dilihat duduk di sebuah meja di sebuah restoran bersama sekurang-kurangnya dua yang lain.

Dalam posting Facebooknya, Dyana Sofya berkata gambar-gambar itu adalah serangan peribadi ketiga ke atas beliau dalam tempoh dua bulan.

Artikel Lain