suria

Kes Culik Paderi: Polis Akan Rekod Keterangan Peter Chong

Peter Chong.

PETALING JAYA: Polis Selangor akan merekodkan keterangan bekas ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Peter Chong berhubung penculikan paderi Raymond Koh.

"Kita tidak tahu sekiranya beliau boleh bantu siasatan tetapi kita akan merekodkan keterangannya dalam waktu terdekat. Beliau sebelum ini beritahu ada maklumat, jadi kita perlu periksa.

"Pasukan petugas khas masih menyiasat kes itu maka apa sahaja petunjuk, kita akan menelitinya. Kita tidak akan berhenti menyiasat," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat.

Chong dilaporkan mendakwa diculik di Hatyai semasa berada di sana untuk berjumpa dengan sumber bagi mendapatkan maklumat berhubung kehilangan Koh.

Koh diculik dari keretanya oleh sekumpulan lelaki di Jalan SS4B/10, Petaling Jaya, pada 13 Februari lalu.

Artikel Sebelum

Kamarulzaman Keluar PPBM

Artikel Berikut

Artikel Lain