suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mara Inc: 24 Saksi Disoal Siasat

JOHOR BAHRU: Seramai 24 saksi dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu siasatan berhubung dakwaan pemerolehan hartanah di Australia oleh Mara Incorporated Sdn Bhd (Mara Inc).

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki berkata, suruhanjaya itu juga sedang menyiasat tujuh premis termasuk sebuah firma guaman,  pejabat penilai dan pejabat Mara Inc.

"Semua dokumen yang berkaitan pembelian hartanah di Australia juga telah dirampas. Kami telah mengumpul lebih banyak maklumat baru dan ia adalah siasatan berterusan daripada kes sebelum ini pada 2015," katanya.

Azam berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat operasi bersama Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd Ghani dan Pengarah SPRM Negeri, Datuk Azmi Alias di sini Rabu.

SPRM sebelum ini telah merekodkan kenyataan Pengerusi Mara, Tan Sri Annuar Musa yang sedang direhatkan berhubung siasatan sama.

Annuar turut menyerahkan beberapa dokumen berkaitan kes itu.

Isu pembelian hartanah oleh MARA Inc menjadi tumpuan selepas akhbar Australia The Age melaporkan seorang pegawai tinggi MARA, seorang pegawai kanan dan seorang bekas ahli politik didakwa membelanjakan dana kerajaan secara berlebihan untuk membeli satu blok pangsapuri di Melbourne.

Mara Inc, SPRM

Artikel Lain