suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerajaan Perlis Tidak Boleh Sekat Harga Harumanis - Exco

KANGAR: Kerajaan negeri tidak boleh menyekat harga penjualan mempelam harumanis tetapi boleh mengawal harga dan kualiti buah tersebut bagi mengekalkan keunikan ikon Perlis itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, Ahmad Bakri Ali berkata walaupun harga siling harumanis ditetapkan RM26 satu kilogram, peniaga boleh menjualnya lebih tinggi mengikut kualiti buah tetapi secara terkawal.

Katanya Jabatan Pertanian Negeri melakukan pelbagai strategi termasuk mengadakan kursus penjagaan harumanis mengikut peringkat pertumbuhan buah, pembajaan, penjagaan bunga dan putik, balutan dan menuai buah untuk menghasilkan buah terbaik.

Beliau menjawab soalan Khaw Hock Kong (BN-Titi Tinggi) yang ingin mengetahui langkah-langkah penjagaan harumanis yang dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian, pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis di sini, Selasa.

Ahmad Bakri berkata melalui Jabatan Pertanian menetapkan prosedur operasi standard (SOP) bagi membungkus harumanis supaya buah yang dihasilkan menepati piawaian dari segi tekstur isi, kematangan dan tahap kemanisan.

Selain itu Brix Meter digunakan bagi mengukur kematangan buah, kandungan gula dan kod keselamatan menggunakan pelekat khas yang dilekatkan pada buah, tambahnya.

Ahmad Bakri berkata kaedah penggunaan kod keselamatan adalah untuk mengenal pasti pemilik dan lokasi ladang bagi mengatasi kecurian di samping kualiti dan ciri-ciri buah yang dijual.

"Kerajaan negeri memantau dengan serius penjualan 'harumanis tipu' agar orang ramai tidak menjadi mangsa penipuan peniaga-peniaga yang rakus," tambah beliau. - BERNAMA

harumanis, Perlis

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain