suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hujan Lebat: Banjir Kilat Di Petaling Jaya Dan Shah Alam

Kesesakan lalu lintas di sepanjang Lebuhraya Persekutuan menuju ke Tol Batu Tiga, Shah Alam pada Sabtu.

PETALING JAYA: Hujan lebat hampir dua jam yang melanda di Lembah Klang menyebabkan pengguna jalan raya terperangkap dalam kesesakan lalu lintas pada petang Sabtu.

Di Shah Alam, sebahagian daripada dinding zink di tapak pembinaan tercabut disebabkan angin kencang di Persiaran Gerbang Utama, Bukit Jelutong.

Manakala keadaan trafik sesak menuju ke Plaza Tol Shah Alam kerana pengguna-pengguna terpaksa memberhentikan kenderaan mereka di tepi jalan disebabkan banjir kilat berlaku kira-kira pukul 2 petang.

Trafik juga sesak di sekitar Persiaran Kayangan berhampiran Bulatan Kayangan, Persiaran Hishamuddin, Persiaran Sukan, Persiaran Permai dan Persiaran Bestari.

Manakala di Lebuhraya Persekutuan kesesakan teruk berlaku di sepanjang tiga kilometer menuju ke tol Batu Tiga.

Banjir Lembah Klang

Artikel Lain