suria

Najib Bertemu Rajinikanth

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkesempatan bertemu dengan bintang filem Tamil, Rajinikanth dalam lawatannya ke India.

Najib memuat naik gambar beliau bersama bintang terkemuka itu di akaun rasmi Twitternya pada Jumaat.

"Baru sahaja mengadakan pertemuan ramah dan mesra bersama superstar Tamil, Rajinikanth di kediamannya," kata Najib.

Rajinikanth yang terlibat dalam penggambaran filemnya Kabali di Malaysia tahun lalu sebelum ini menyuarakan keinginan untuk bertemu dengan perdana menteri semasa beliau berkunjung ke negara ini bagi penggambaran itu.

Najib kini di India pada hari kedua dalam lawatan rasminya selama lima hari, di atas jemputan perdana menteri negara itu, Narendra Modi.

Lawatan tersebut akan menyaksikan beliau ke Chennai, New Delhi dan Jaipur dari 30 Mac sehingga 4 April, yang bertujuan untuk merapatkan lagi kerjasama antara dua negara sempena hubungan diplomatik selama 60 tahun.

Rajinikanth

Artikel Lain