suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kedutaan AS Gembira Rakyat Malaysia Di Korea Utara Dibenar Pulang

Kesemua petugas kedutaan Malaysia di Pyongyang dan ahli keluarga masing-masing yang menaiki pesawat khas, tiba pada 5.03 pagi Jumaat dan disambut ahli keluarga masing-masing.-fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Kedutaan Amerika Syarikat di sini gembira semua petugas kedutaan Malaysia dan anggota keluarga mereka yang dihalang daripada meninggalkan Korea Utara, dibenar pulang ke tanah air.

Dalam kenyataan pada Jumaat, Kedutaan Amerika menyifatkan halangan yang dikenakan terhadap sembilan rakyat Malaysia itu sebagai satu pencabulan dan pelanggaran Konvensyen Vienna yang tidak boleh diterima.

"Kami menyokong hasrat Malaysia untuk meneruskan siasatan ke atas jenayah serius yang dilakukan di wilayahnya," menurut kedutaan itu.

Menurut kenyataan itu, semua langkah perlu harus diambil untuk memastikan mereka yang bertanggungjawab terhadap jenayah tersebut dibawa ke muka pengadilan.

Ketegangan antara Kuala Lumpur dan Pyongyang tercetus susulan pembunuhan Jong-nam, 46, abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) di sini pada 13 Februari.

Kedutaan AS, Kim Jong-nam

Artikel Sebelum

Najib Bertemu Rajinikanth

Artikel Berikut

Pak Lah Puji Najib

Artikel Lain