suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Abdul Hadi Perlu Letak Jawatan - Husam

KOTA BHARU: Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa, mahu Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama jawatankuasa parti meletakkan segera jawatan mereka.

Gesaan itu dilakukan Husam berikutan kegagalan Pas untuk membentangkan RUU 355 di Parlimen yang selama ini rancak diusahakan.

Husam berkata, kejutan buat Pas itu sudah dijangka berlaku biarpun BN memberi keyakinan kepada rakyat RUU 355 boleh dibentangkan di Parlimen.

“Secara ringkasnya, saya minta Presiden Pas dan jawatankuasa Pas meletakkan jawatan secara bersama. (Sebab) yang berlaku ini satu tindakan politik merosakkan nama Pas.

“Dia telah memecahbelahkan pakatan pembangkang, pecahbelahkan Pas dan meletakkan Pas sebagai satu badan politik yang tidak dapat difahami oleh rakyat jelata,” katanya kepada media pada Khamis.

Mengulas lanjut, Husam memberitahu, semasa beliau masih berada di dalam Pas lagi perkara sebegini telah dibincangkan namun tidak diendahkan.

“Tetapi tiba-tiba RUU 355 dibawa secara persendirian oleh Ahli Parlimen Marang tanpa persetujuan jawatankuasa Pas Pusat pada waktu itu,” katanya.

Husam berkata, Abdul Hadi tidak boleh melepaskan diri kerana telah mencemarkan kredibiliti Pas.- SinarHarian

Husam, Hadi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain