suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

RUU Persendirian Hadi Tiada Penjelasan Terperinci - Nancy

Nancy Shukri.

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) tidak dapat menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bertujuan untuk memperkasakan mahkamah syariah kerana ia tidak dijelaskan secara terperinci.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri berkata rang undang-undang itu sepatutnya diterangkan secara jelas terutamanya sama ada segmen tertentu dalam masyarakat seperti wanita dan kanak-kanak akan menerima kesannya.

"Kami sebagai Ahli Parlimen BN, tidak hanya akan bersetuju atau tidak bersetuju tanpa mengetahui butirannya.

"Jika kita ada sesuatu seperti ini pada masa depan, kita mahu diberikan lebih banyak penjelasan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen pada Khamis.

Beliau diminta mengulas mengenai keputusan kerajaan tidak akan mengambil alih pembentangan pindaan akta itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada malam Rabu mengumumkan ia akan kekal menjadi RUU Persendirian.

Nancy yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong mencadangkan agar penelitian dan pindaan perlu dibuat terhadap rang undang-undang itu sebelum ia dibentangkan di Parlimen.

"Teliti perkara itu dan pastikan ia akan membantu golongan tertentu.

"Sebagai orang Islam, saya akan menyokong apa yang baik untuk masyarakat Islam tetapi ia perlu diberi penjelasan yang betul," katanya.

Abdul Hadi Awang, PAS, BN, RUU355

Artikel Lain