suria

Bayi Lelaki Dijumpai Di George Town

GEORGE TOWN: Seorang bayi lelaki, dipercayai baru dilahirkan, dijumpai di Blok 98, Taman Pelangi Indah, Jalan Perak di sini, Khamis.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata bayi seberat 2.4 kilogram itu ditemukan dalam keadaan sihat dan tanpa sebarang kecederaan oleh seorang wanita yang menduduki flat berkenaan pada 7.58 pagi.

"Bayi itu kemudian dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan," katanya di sini, Khamis.

Beliau berkata siasatan sedang dijalankan termasuk mendapatkan  maklumat daripada penduduk serta rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan itu.

Sementara itu, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 2 Pulau Pinang menemukan mayat lelaki Vietnam yang terjatuh ke dalam laut pada Selasa lepas.

Mayat Nguyen Tien Van, 44, dijumpai terapung di 9 batu nautika utara Muka Head, Teluk Bahang dekat sini pada 11.30 pagi Khamis, kata Pengarah APMM Daerah Maritim 2 Pulau Pinang Rozali Mohd Said.

Beliau berkata lelaki itu merupakan tukang masak kapal MV Viet Thang.Mayatnya kemudian dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat. - BERNAMA

bayi lelaki, George Town

Artikel Sebelum

Artikel Lain