suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jong-nam: Kerajaan Buat Kenyataan Bila Tiba Masanya - PM

Perdana Menteri merangkap Presiden Barisan Nasional Datuk Seri Najib Tun Razak (kanan) bersama Timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional di Pusat Dagangan Dunia Putra, malam Rabu. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan membuat kenyataan berhubung kes kematian Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un, bila sampai masanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata siasatan kes Jong-nam melibatkan rundingan antara kerajaan Malaysia dan Korea Utara, dan sangat sensitif.

"Kerajaan mengutamakan keberhasilan rundingan tersebut dengan memastikan keselamatan rakyat Malaysia di Pyongyang dan juga memelihara kedaulatan negara.

"Harap semua dapat bersabar," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di sini, malam Rabu.

Pada 13 Februari lepas, Jong-nam dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) ketika menunggu penerbangan ke Macau.

Dia dihampiri dua wanita warga asing yang menekup mukanya dengan agen saraf VX.

Jong-nam yang menggunakan pasport dengan nama Kim Chol, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.

Artikel Berikut

Artikel Lain