suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

RUU355: MCA Yakin BN Capai Kata Sepakat

Ong Ka Chuan.

KUALA LUMPUR: MCA yakin bahawa 13 parti komponen Barisan Nasional (BN) akan mencapai kata sepakat mengenai cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355.

Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata, gabungan itu telah bekerjasama sejak beberapa dekad lalu kerana semua parti komponen berkongsi nilai dan konsensus yang sama.

"Kita mengadakan pertemuan untuk mencari penyelesaian, bukan untuk melawan antara satu sama lain," katanya kepada pemberita ketika ditanya sama ada RUU355 akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi BN yang akan diadakan pada Rabu malam.

Ka Chuan berkata, isu-isu yang boleh mencetuskan kebimbangan rakyat tidak seharusnya dibangkitkan.

"Kesalnya, isu ini telah menjadi satu topik politik yang sensitif," tambahnya.

Artikel Lain