suria

Intipati Laporan Tahunan Bank Negara 2016

Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Muhammad Ibrahim pada sidang media mengenai Laporan Tahunan 2016 dan Laporan Kestabilan Kewangan dan Sistem Pembayaran 2016 di Bank Negara, Khamis. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Berikut adalah intipati Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2016:


*Ekonomi Malaysia dijangka mencatat pertumbuhan yang mampan sebanyak 4.3 peratus hingga 4.8 peratus pada 2017.

*Bank Negara Malaysia mengumumkan dividen sebanyak RM2.5 bilion kepada kerajaan bagi tahun 2016.

*Akaun semasa dijangka mencatat lebihan sebanyak 1.0-2.0 peratus daripada Pendapatan Negara Kasar pada 2017.

*Inflasi dijangka mencatatkan purata yang lebih tinggi dalam julat 3.0 peratus kepada 4.0 peratus pada 2017.

*Eksport kasar diunjur meningkat sebanyak 5.5 peratus pada 2017 berbanding 1.1 peratus pada 2016.

*Import kasar dijangka naik 6.4 peratus berbanding 1.9 peratus pada tahun lepas.

*Eksport dan import Malaysia diunjur kukuh pada 2017, disokong oleh peningkatan unjuran pertumbuhan global, harga komoditi dan permintaan dalam negeri yang mampan.

*Imbangan perdagangan akan kekal lebihan pada tahun 2017 dengan 86.4 peratus daripada 87.3 peratus.

*Secara keseluruhannya pada tahun 2016, nilai ringgit menyusut sebanyak 4.3 peratus dan berakhir pada RM4.486 berbanding dolar Amerika.

*Jumlah aset Bank Negara Malaysia sebanyak RM451.0 bilion dengan rizab antarabangsa berjumlah RM423.9 bilion (US$94.5 bilion).

*Rizab antarabangsa kekal mencukupi untuk memudahkan urus niaga dan memadai untuk membiayai 8.5 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar negeri jangka pendek.

*Hutang luar negeri Malaysia berjumlah RM908.7 bilion, bersamaan dengan  US$200,6 bilion atau 73.9 peratus daripada KDNK pada akhir 2016 (2015:RM833.8 bilion).

*Kadar pengangguran meningkat kepada 3.5 peratus pada 2016 daripada 3.1 peratus berikutan peluang pekerjaan yang lebih perlahan dalam pertumbuhan ekonomi yang lebih sederhana.

*Sektor perkhidmatan mencatat pertumbuhan lebih tinggi sebanyak 5.6 peratus pada 2016 daripada 5.1 peratus pada 2015, disokong oleh pertumbuhan dalam semua subsektor.


Artikel Lain