suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pukul Teman Wanita, Bekas Vokalist Hyper Act Dikompaun RM200

KUALA LUMPUR: Seorang bekas vokalis utama kumpulan Hyper Act, Kecik diperintah oleh Mahkamah Majistret Selayang membayar kompaun RM200 kepada teman wanitanya kerana mencederakan wanita itu.

Majistret Iriane Isabelo membuat keputusan itu, selepas kedua-dua pihak bersetuju kes diselesaikan secara bersama mengikut Seksyen 260 Kanun Acara Jenayah.

Terdahulu, Kecik atau nama sebenarnya Muhammad Fauzi Kamaruddin, 22, mengaku bersalah dengan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas Farah Nurizzati Salleh,24, di Batu 6 3/4, Kampung Changkat, Gombak, di sini, pada 7.13 malam, 12 Mac lalu.

Dia yang memakai topeng muka selepas prosiding selesai, didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Sementara itu, semasa prosiding mangsa yang berbaju kurung berbunga merah bersetuju supaya kes itu diselesaikan dengan kompaun RM200 dan jumlah itu juga dipersetujui tertuduh.

Timbalan Pendakwa Raya Azhwa Yusrie Mohamad tidak membantah jumlah itu dan menyerahkan kepada budi bicara mahkamah.

Tertuduh membayar kompaun itu.  -Bernama

Hyper Act, Kecik, Kompaun

Artikel Lain