suria

Prinsip 5P Bagi Kemenangan Umno

Tan Sri Annuar Musa
KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa menggariskan formula '5P' untuk Umno mencatur strategi bagi memenangi pilihan raya umum akan datang.


Prinsip 5P itu iaitu Pemimpin, Parti, Persahabatan, Pengundi dan Perjuangan dalam mencapai dan merapatkan saf perjuangan.

Katanya kesetiaan kepada pemimpin dan parti mestilah diutamakan bagi meneruskan kesinambungan parti Umno.

"Sejak awal penubuhan Umno lagi dasar memelihara persahabatan dan permuafakatan antara Umno, MCA dan MIC merupakan tapak kekuatan Barisan Nasional.

"Kita juga perlu bersedia untuk berkhidmat kepada pengundi dan bukan hanya berkhidmat secara bermusim kerana kekuatan kita adalah daripada rakyat di akar umbi," katanya dalam ucapannya di Majlis Penerangan dan Pemantapan Ilmu Pejuang Melayu di sini, Ahad.

Acara itu turut dihadiri Timbalan Ketua Umno Bahagian Gombak, Senator Datuk Megat Zulkarnain Omardin dan kira-kira 300 orang penduduk di kawasan Parlimen Gombak.

Prinsip yang terakhir iaitu kepercayaan kepada perjuangan parti, agama, bangsa dan negara juga merupakan faktor yang penting dalam memastikan kemenangan Umno.
prinsip 5P, Annuar Musa, Umno

Artikel Lain