suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lebih 31,000 Pesakit Tunggu Organ Buah Pinggang

- Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Pesakit buah pinggang merupakan penunggu organ paling tinggi di negara ini, iaitu seramai 31,084 orang, Dewan Rakyat diberitahu, Isnin.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata yang lain ialah tujuh pesakit hati, lima pesakit jantung dan empat pesakit paru-paru yang menunggu untuk mendapatkan organ masing-masing.

Katanya sebanyak 381,353 rakyat Malaysia telah berikrar sebagai penderma organ sehingga 31 Januari lepas.

Namun jumlah itu adalah rendah kerana ia hanya merupakan satu peratus berbanding jumlah rakyat pada masa ini.

"Peratusan ini masih kecil berbanding negara-negara maju yang mana jumlah pengikrar organ di sana mencecah 30 hingga 40 peratus berbanding jumlah penduduk mereka," katanya semasa menjawab soalan Datuk Fauzi Zahari (BN-Setiawangsa) pada persidangan, Isnin.

Oleh itu, katanya, negara masih memerlukan lebih ramai orang untuk berikrar sebagai penderma organ.


Artikel Lain