suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tindakan Disney Tepat - Nazri Aziz

KUALA LUMPUR: Syarikat perfileman Walt Disney Company membuat keputusan yang tepat kerana tidak menayangkan filem kontroversi Beauty dan The Beast yang telah disunting, kata Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz.

Beliau turut menyatakan sokongan terhadap ketegasan syarikat tersebut yang mahu tayangan filem berkenaan dibuat tanpa sebarang suntingan dan menyarankan agar filem itu ditayangkan di panggung tempatan seperti asal.

"Jika disunting, plot filem tidak lagi sama," kata Nazri ketika ditemui di lobi Parlimen pada Khamis.

"Lain kali, jika artis Malaysia membawa watak orang lembut, larang juga (lakonan) mereka.

"Tindakan itu baru konsisten," katanya merujuk kepada pihak penapisan filem tempatan.

Pada Rabu, Walt Disney Company di Amerika Syarikat berkata, mereka tidak akan membenarkan filem berkenaan ditayangkan jika disunting.

Bagaimanapun, pengedar filem tempatan, The Walt Disney Co (M) Sdn Bhd, berkata, tarikh tayangan filem itu ditangguhkan.

Sehari sebelumnya, Lembaga Penapisan Filem Malaysia memberi lampu hijau untuk tayangan filem tersebut di Malaysia selepas melakukan suntingan melibatkan babak homoseksual.

Artikel Lain