suria

Jabatan Meteorologi Sangkal Penularan Maklumat Fenomena Ekuinoks

GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia menyangkal maklumat mengenai fenomena Ekuinoks yang tular di media sosial.

Jabatan itu dalam satu kenyataan hari ini berkata kenaikan suhu dijangka akan berlaku tetapi tidak akan menyebabkan gelombang haba seperti fenomena tersebut.

Fenomena Ekuinoks merupakan fenomena astronomi yang berlaku dua kali setahun pada 20 Mac dan 23 September apabila matahari melintasi garisan Khatulistiwa.

Menurut kenyataan itu, dalam tempoh tersebut kedudukan matahari adalah tegak di atas kepala di rantau Khatulistiwa dan negara terletak berhampiran Khatulistiwa, terdapat sedikit kenaikan suhu harian dalam tempoh tersebut sekiranya tiada liputan awan.

Orang ramai dinasihat untuk mendapatkan maklumat tepat dari laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca, Facebook:malaysiamet, Twitter @malaysianment atau MetMalaysia atau hubungi hotline MetMalaysia 1300221638. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain