suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ditetak Gara-Gara Gurauan Daging Biawak

GAMBAR HIASAN

MIRI: Gara-gara mempersendakan rakannya yang menghidangkan daging biawak, seorang pekebun lelaki cedera di kepala setelah ditetak oleh rakannya di Rumah Panjang Sabang, Sungai Sawai, Suai, Niah di sini pada Rabu.

Ketua Polis Miri ACP Khoo Leng Huat berkata sebelum kejadian 9 pagi itu, mangsa yang berusia 40 tahun dan suspek lelaki berusia 32 tahun minum minuman keras bersama-sama.

"Punca kejadian suspek marah dengan mangsa, selepas mangsa mempersendakan hidangan masakan biawak yang dihidangkan suspek," katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

Beliau berkata suspek hanya menetak sekali ke arah kepala mangsa menggunakan parang menyebabkan mangsa mendapat kecederaan ringan.

Mangsa kemudian mendapatkan rawatan di hospital sebagai pesakit luar. 

Khoo berkata suspek ditahan 5.30 petang semalam dan polis turut merampas sebilah parang sepanjang 33 sentimeter. - BERNAMA


Tetak

Artikel Lain