suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiada Tajaan Baharu Pelajar Ke Mesir - Idris

Datuk Seri Idris Jusoh
PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) tidak lagi memberi penajaan baharu untuk pelajar tempatan menyambung pelajaran ke Mesir, kata Menterinya Datuk Seri Idris Jusoh.

Bagaimanapun KPT masih meneruskan tajaan kepada tenaga pengajar yang menyambung pengajian mereka di beberapa universiti terkemuka di dunia.

Bagi pelajar yang masih berkeinginan untuk meneruskan pengajian di Mesir, Idris berkata mereka berhak berbuat demikian secara persendirian.

"(Bagaimanapun) Ibu bapa yang hendak menghantar mereka ke luar negara, mereka seharusnya tahu selok-belok dan hal ehwal semasa sesebuah negara itu," katanya kepada Bernama di sini Isnin.

Idris berkata buat masa sekarang difahamkan pelajar-pelajar yang ditaja agensi kerajaan di Mesir adalah mereka yang masih meneruskan baki pengajian mereka.

Artikel Lain