suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kemalangan Remaja Berbasikal: Polis Bebaskan Pemandu Wanita

JOHOR BAHRU: Polis membebaskan pemandu wanita yang terlibat dalam kemalangan maut melibatkan lapan remaja berbasikal di sini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, setakat ini, tiada tanda menunjukkan wanita itu memandu laju, mabuk atau menggunakan telefon bimbit ketika memandu dalam insiden pada pukul 3.30 pagi Sabtu itu.

Beliau juga berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi dan menjadikan kejadian itu isu perkauman.

Nur Jazlan berkata demikian kepada pemberita pada majlis jamuan Tahun Baharu Cina anjuran kawasan Pulai pada Ahad.

Beliau juga mengingatkan ibu bapa supaya lebih bertanggungjawab dan memantau pergerakan anak-anak terutama pada waktu malam.

"Kerajaan negeri juga boleh menyarankan kepada pihak berkuasa tempatan untuk mengambil tindakan terhadap kanak-kanak yang merayau-rayau pada lewat malam," katanya.

Pada Sabtu, sekumpulan lapan remaja berbasikal maut dalam kemalangan di Jalan Lingkaran Dalam, dekat Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah.

Artikel Lain