suria

Ahli Kumpulan Tarian Singa Terbunuh Semasa Hari Lahir

Choo Heng Poh.

PETALING JAYA: Satu insiden kemalangan telah meragut nyawa seorang ahli kumpulan tarian singa sempena hari lahirnya.

Sebuah lori dipercayai hilang kawalan lalu merempuh sebuah lori yang membawa 14 ahli kumpulan tarian singa tersebut.

Insiden berlaku kira-kira pukul 1.30 petang di Sungai Buloh pada Rabu dekat sebuah pusat membeli-belah di sana.

Rombongan kumpulan tersebut dijemput untuk mengadakan persembahan di sebuah kilang dekat dengan pusat membeli-belah itu.

Pada masa kemalangan, Choo Heng Poh, 18, dikatakan sedang memunggah peralatan sebagai persediaan untuk melakukan persembahan.

Sebuah lori di belakang mereka dikatakan hilang kawalan dan merempuh lori tersebut menyebabkan tiga cedera.

Choo dikejarkan ke hospital tetapi disahkan meninggal dunia sejam kemudian.

Dua lagi mangsa lain, masing-masing lelaki berusia 17 dan 19 tahun terselamat dalam insiden tersebut.

Sebuah akhbar Cina melaporkan pemandu yang terlibat dalam kemalangan itu cuba melarikan diri dari lokasi kejadian tetapi ditangkap oleh ahli kumpulan tersebut.

Menurut akhbar itu, pemandu lori tersebut berusia 70 tahun bersama kelindannya hadir ke hospital dan melutut bagi memohon maaf daripada keluarga Choo.




Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain