suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tabung Haji Umum Bonus 5.75 Peratus

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menunjukkan kadar Hibah Pendeposit 2016 Lembaga Tabung Haji di Kompleks Islam Putrajaya, Jumaat. Turut hadir Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Johan Abdullah (empat, kanan) Timbalan Menteri di JPM Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan ahli lembaga pengarah TH.

PUTRAJAYA: Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan agihan bonus atau hibah kepada pendeposit, merangkumi 4.25 peratus bonus tahunan dan tambahan bonus haji sebanyak 1.5 peratus kepada yang belum menunaikan haji bagi tahun kewangan 2016.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Jumaat berkata kesemuanya melibatkan pembayaran sebanyak RM2.88 bilion.

Untuk rekod, TH mengumumkan 5.0 peratus bonus tahunan dan tambahan bonus haji sebanyak 3.0 peratus kepada pendeposit yang belum menunaikan haji pada tahun kewangan 2015, berjumlah RM3.24 bilion. -- Bernama



Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain