suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Thailand Jejaki Raja Dadah Malaysia

Pihak berkuasa Thailand merampas 858,000 pil "Yaba" (sejenis pil Methaphetamine) dipercayai cuba diseludup ke Malaysia dalam dua kes berasingan di Nongchik, Pattani pada 16 Jan dan Rattaphumi, Songkla. Foto:Bernama

BANGKOK: Polis Thailand kini sedang menjejaki raja dadah Malaysia selepas dua konsainan pil 'yaba' (sejenis methamphetamine) bernilai kira-kira RM33 juta untuk diseludup ke Malaysia bulan ini, berjaya dipintas.

Difahamkan lelaki itu menunggu untuk menerima konsainan berjumlah 858,000 pil yaba, tetapi berjaya dihidu oleh pihak berkuasa selatan Thailand, apabila merampas konsainan itu pada 16 Jan di Pattani dan Songkla, lima hari kemudian.

Sumber atasan Biro Pencegahan dan Kawalan Narkotik (NSB) memberitahu Bernama, kedua-dua rampasan itu adalah saling berkaitan kerana pembeli bagi kedua-dua konsainan dadah itu adalah seorang rakyat Malaysia.

"Pembeli itu dikenal pasti seorang lelaki rakyat Malaysia. Kami memperoleh maklumat ini selepas polis menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara ini.

"Kami percaya kedua-dua kes ini (rampasan dadah di Pattani dan Songkla) didalangi sindiket yang sama dengan rangkaian dadah antarabangsa.-Bernama

Yaba, Polis Thailand

Artikel Lain